1 Cara Pelik Untuk Anda Pandai Mengaji Dengan Bertajwid

Mengaji Personal Coaching Dewasa Pelik

Saya betul-betul TAK SANGKA!

Baru beberapa minggu lepas, saya membeli sebuah Al Quran Transliterasi Bahasa Melayu untuk belajar dan pandai membaca Al Quran dengan bertajwid.  Ya lah, nak jugak cuba belajar sendiri dahulu.  Lepas ni barulah baca depan guru.

Setelah cuba belajar “Arghh!.. kenapa aku mengaji Al Quran macam cakap Bahasa Melayu sahaj ni, tidak seperti orang lain mengaji?”.

Mungkin menggunakan Al Quran transliterasi Bahasa Melayu ini tidak sesuai untuk saya.  Mungkin ianya sesuai untuk orang lain.

 

Minggu ini saya mendapatkan pula Al Quran Digital yang terbaru untuk tujuan yang sama.  Saya merasa sungguh gembira.

Dalam hati berkata,”haa..! pasti cara ini sesuai dan mudah bagi saya”.

Saya pelajarinya dan Alhamdulillah, saya boleh mengikutnya dengan baik dan hafal sesetengah ayat latihannya pada buku iqra’.

Tapi…. “kenapa bila nak baca sendiri Al Quran saya tak pandai?”.

Rupa-rupanya kawan saya kata saya hanya pandai ikut sahaja.  Bukannya kenal macam saya kenal tulisan bahasa melayu ini, pusing ikut mana pun saya masih boleh membacanya dengan baik.

Saya merasa sungguh sedih.  Tidak berputus asa saya cuba mencari kaedah-kaedah mengaji mudah yang lain di pasaran.

-bersambung-