1 Rahsia Yang Anda Perlu Tahu Untuk Mula Pandai Mengaji Dengan Bertajwid

Mengaji Personal Coaching Dewasa Rahsia

Selama saya belajar di usia dewasa dan mengajarkan pelajar dewasa membaca Al Quran (18 tahun as of 2015), ada 1 rahsia yang anda perlu tahu untuk betul-betul menguasai bacaan secara bertajwid.

1 Rahsia ini ialah: Sistem

Bagi saya terangkan secara lebih detail di sini.

Sistem

Sistem ialah bagaimana cara anda belajar dan mengaplikasikan ilmu yang di pelajari.

Dalam pengajian ilmu membaca Al Quran dengan bertajwid, sudah tentulah cara anda belajar ilmu tajwid dan cara mengaplikasikan ilmu tajwid tersebut di dalam membaca Al Quran.

Ini merupakan perkara TERPENTING jika anda ingin menguasai bacaan Al Quran secara bertajwid.

Jika di tanya kepada anda tentang hukum tajwid, anda mungkin dapat menjawab dengan tepat berserta contohnya sekali.  Tetapi apabila membaca Al Quran, anda mungkin ‘langgar’ dan tidak meletakkan apa yang anda pelajari dan faham di dalam bacaan.

Mengapa ini terjadi?  Saya mahu anda memahami betul-betul point-point penting di bawah ini.

Jawapannya ialah sistem pembelajaran anda KURANG BERKESAN.

  1. Anda pelajari ilmu tajwid secara asing – Ya, anda pelajarinya secara asing.  Maksudnya anda pelajari ilmu tajwid secara kelas.  Memahami kejadiannya, contoh-contohnya dan cara bacaannya.  Sesekali mencarinya di dalam Al Quran.  Tidak cukup latihan.
  2. Anda pelajari ilmu tajwid banyak dalam masa yang singkat – Ya, disebabkan anda memahaminya dengan cepat, anda pelajarinya banyak dalam satu masa.  Memahami dan menguasai ilmu tajwid dalam bacaan Al Quran adalah amat berbeza.

Bagaimana cara mengatasinya?

Ada  3 peringkat sistem menguasai bacaan Al Quran bertajwid

  • Anda memahami kejadian, contoh, cara bacaan dan mungkin nama hukum tajwid tersebut.
  • Anda dilatih tubi secukupnya dengan membaca latihan khusus hukum tajwid tersebut yang mempunyai pelbagai bentuk.
  • Anda dijarakkan mempelajari ilmu tajwid yang baru supaya yang lama dapat dikuasai dan tidak menyebabkan ‘haywire’ atau bercelaru apabila semakin banyak ilmu tajwid yang anda pelajari.
  • Anda dilatih tubi yang baru dengan tidak meninggalkan ilmu tajwid yang lama dan tidak termasuk yang belum anda pelajari.  Ini bermakud latihan latih tubi anda adalah BERPERINGKAT dan mudah.

Bagaimana untuk pelajarinya dengan cara yang betul sebegini?

Kami ada program yang dinamakan pengajian Kaedah Abata.  Dalam program ini kami akan tunjukkan kepada anda sistem pengajian yang memenuhi kriteria di atas.

Anda insyaAllah akan dapat menguasai bacaan Al Quran secara bertajwid walaupun bermula daripada ‘0’ dan tidak mengenal huruf sekalipun.

Jika anda berminat, boleh hubungi kami di 0192553325

 

Ada soalan atau pandangan? Sila tuliskan di ruangan komen di bawah:

coming soon..