Kelas Belajar Mengaji Bertajwid Dewasa - Kaedah ABaTa
|
"Kelas Mengaji Dewasa Bertajwid Secara Perseorangan yang MUDAH dan BERKESAN Memahirkan ANDA Dalam Tempoh Kurang Daripada 1 TAHUN!"
Belajar mengikut kemahiran dan kebolehan anda tanpa meninggalkan apa yang patut anda perolehi iaitu ingat dan kenal setiap hukum tajwid dan boleh membaca Al-Quran secara bertajwid dengan baik...insyaAllah.
Buat kali pertama, guru mengaji bertajwid yang mula belajar tajwid sama seperti anda, Ustaz Ahmad membongkar rahsia belajar mengaji bertajwid mudah dan berkesan melalui module Kaedah ABaTa susunannya. Ada beberapa orang diantara pelajarnya yang bermula daripada '0' kini telah boleh mengenal setiap hukum tajwid yang dipelajari dan boleh membaca Al-Quran dengan baik...Alhamdulillah.
|
Beliau menggunakan pengalaman beliau semasa belajar mengaji bertajwid peringkat asas (3 tahun) dan mengajar mengaji bertajwid peringkat asas perseorangan selama 10 tahun dan menyelesaikan masalah yang biasa dihadapi oleh para pelajar di dalam module yang disusunnya. Kini... belajar mengaji bertajwid menjadi lebih mudah difahami, diingati dan diaplikasi.
Ustaz Ahmad merupakan penyusun module mengaji bertajwid sendiri dahulu terlaris dipasaran "wajibtajwid.com: Kaedah ABaTa - Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid dan Berperingkat". Kini beliau beserta beberapa orang ustaz sedang bergerak aktif mengajar secara terus secara perseorangan menggunakan kaedah ABaTa ini disekitar Puchong, Shah Alam dan Kelang. Beliau juga mengalu-alukan mereka yang mempunyai pengetahuan tajwid untuk menjadi guru menggunakan modul Kaedah ABaTa ini untuk mengajar pelajar dewasa mereka.
"klik disini untuk keterangan lanjut menjadi guru Kaedah ABaTa...(under construction). "
Berikut
adalah masalah yang mungkin
>> Anda belajar secara kelas/berkelompok. Anda ketinggalan kerana ustaz yang mengajar terlalu laju mengikut kelompok yang lebih mahir dan anda tidak dapat mengikutinya atau anda merasa jemu kerana ustaz asyik mengulang pelajaran yang sama kerana ingin memahamkan mereka yang lemah.
>> Anda mendengar penuh minat penerangan tentang Hukum Tajwid yang disampaikan dan dicontohkan pada ayat tertentu, apabila ditanya kembali bagaimana Hukum Tajwid tersebut terjadi dan cara membacanya, diminta tunjukkan pada ayat yang lain...anda keliru dan mungkin menjawabnya dengan bahasa yang anda sendiri tidak faham.
>> Anda mencatat sendiri nota yang dirasakan penting semasa kelas...tetapi apabila dirujuk kembali semasa proses ulangkaji, anda sendiri tidak memahaminya.
>> Anda ingin cepat habis buku latihan yang digunakan oleh ustaz seolah-olah anda telah cukup latihan dan memahaminya, tetapi apabila membaca Quran, anda masih kekal melakukan kesilapan yang sama pada Hukum Tajwid yang telah dipelajari.
|
InsyaAllah, module Kaedah ABaTa susunan Ustaz Ahmad akan membantu anda mengatasi masalah-masalah yang anda mungkin hadapi...dengan pendekatan belajar secara individu, nota ringkas yang mudah difahami dan latihan yang sesuai cukup untuk pelajar dewasa.
|
|
Matlamat Kelas Mengaji Bertajwid Kaedah ABaTa ini adalah mudah. Pada akhirnya, anda akan dapat membaca Al-Quran dengan makhraj dan tajwid yang betul disamping boleh menerangkan bagaimana sesuatu hukum tajwid tersebut terjadi dan cara bacaannya. Begitu, anda mempunyai sandaran ilmu apabila keliru semasa membaca Al-Quran.
|
Kelas Mengaji Dewasa Kaedah Abata ini akan menjawab persoalan: "Bagaimana hendak belajar tajwid yang boleh diaplikasikan dalam bacaan Al-Quran?" Caranya mudah dan anda insyaAllah berjaya walaupun bermula daripada '0' apatah lagi jika anda hanya ingin memperbetulkan sahaja.
Anda akan mempelajari:
Langkah 1
- Cara membunyikan setiap huruf baris atas dengan betul (makhraj huruf)
Berdasarkan kepada pengalaman bertadarus dan mengajar dewasa, ramai juga yang membunyikan huruf berbaris atas dengan cara yang salah. Dan masih melakukan kesalahan yang sama dalam bacaan Al-Quran walaupun telah ditegur beberapa kali. Contohnya: RŌ dibaca RĀ, QŌ dibaca QĀ, KHŌ dibaca KHĀ, TSĀ dan SĀ dibaca dengan bunyi yang sama, begitu juga dengan HĀ(pedas) dan HĀ(simpul) dibaca dengan bunyi yang sama dan lain-lain.
Dikelas ini, anda akan mempelajari sebutan yang betul berserta latihan. InsyaAllah boleh diaplikasikan dalam bacaan Al-Quran anda. Mereka yang ditegur semasa tadarus masih melakukan kesalahan yang sama adalah kerana tiadanya latihan.
- Huruf-huruf Al-Quran yang ditulis secara bersambung
Ada diantara anda mengenali akan semua huruf-huruf Al-Quran secara tunggal tetapi apabila ianya digabungkan (penulisan besambung) ada diantara anda keliru akan huruf-hurufnya seterusnya keliru bunyi apa yang patut dibaca. Contoh: huruf 'Ain dan huruf Ha(pedas) dibelakang sesuatu perkataan ditulis hampir sama, begitu juga untuk Ghoin dan Kho. Huruf 'Ain dan Ghoin yang ditulis di hadapan, tengah dan belakang sesuatu perkataan adalah berbeza. Dan perlu diketahui bahawa huruf Ha ditulis pelbagai bentuk. Dan lain-lain huruf yang ditulis secara bersambung. InsyaAllah kami ada cara menunjukkan kepada anda satu per satu dan anda ingat.
- Bunyi huruf apabila menerima pelbagai jenis baris (bawah, hadapan, dua atas, dua bawah dan dua hadapan)
InsyaAllah bersandarkan kepada asas baris atas iaitu pembelajaran makhraj asas, pembelajaran anda untuk baris yang lain akan menjadi lebih cepat. Kesalahan biasa bagi mereka yang tidak mengambil berat dalam pembacaan Al-Quran ialah bunyi RŌN dibaca RĀN, bunyi QŌN dibaca
QĀN, bunyi KŪN, KŪM, BŪN, TŪM dan sebagainya dibaca dengan lebih kasar iaitu lebih menghala kepada bunyi Ō.
Ramai yang boleh membaca Al-Quran dengan lancar pun tidak mengambil berat tentang hal ini berbanding Qori mereka ini sememangnya menjaga sebutan dengan betul. InsyaAllah, anda yang mengikuti kelas kami akan dilatih untuk sebutan yang lebih tepat insyaAllah.
Langkah 2
- Kadar bacaan panjang bagi setiap jenis Mad (bacaan panjang)
Mereka yang berjaya di Internet dan bukan Internet memegang prinsip dan pegangan yang serupa. Teknik yang digunakan oleh mereka yang berjaya boleh digunakan semula dan menjadi model kepada sesiapa sahaja. Anda tidak perlu mencipta kaedah baru untuk berjaya. Di workshop ini, Irfan akan berkongsi dengan anda apa yang anda perlu tahu untuk menjadi seorang jutawan Internet.
Ustaz / Ustazah |
Jadual & Kawasan |
|
|
|
|
|

Buat masa sekarang, kelas hanya dijalankan di kawasan Kelang, Shah Alam dan Puchong Sahaja. Berminat sila hubungi kami di email dan no. telefon seperti dibawah. Terimakasih.
Pertanyaan, sms kepada ust. Ahmad: 019-2553325 atau email support[@]wajibtajwid.com
Berjaya Park Seksyen 32
40460 Shah Alam
Selangor D.E.
Malaysia
Kelulusan & Pengiktirafan
JAKIM : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

JAIS : Jabatan Agama Islam Selangor

KDN : Kementerian Dalam Negeri (Bahagian Text Al-Quran)

Surat Penghargaan daripada Sek. Ren. Hira'



Ustaz Ahmad
Ustaz Azman S
Ustaz Azman M