| Sewaktu bersama Rasullullah s.a.w., seorang badwi telah datang kepada baginda dan berkata, "Ya Rasullullah s.a.w., saya mempunyai seorang saudara yang ditimpa penyakit". "Penyakit apa?" bertanya Rasulullah s.a.w. " Sejenis gila" jawab orang tersebut. Rasulullah s.a.w. menyuruh orang itu membawa saudaranya. Kemudian baginda membaca Surah AL-Fatihah, 4 ayat pertama Surah Al-Baqarah, ayat yang bermula dengan Wailahukum ilahungwahid...,Ayat Kursi dan 2 ayat seterusnya, 3 ayat terakhir Al-Baqarah, ayat Syahidallah annahu...,terakhir dari Surah Al-Mu'minuun, ayat dari Surah Al-Jin, sepuluh ayat pertama Surah Wassyafat, tiga ayat terakhir dari Surah Al-Hasyr, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan An-Nas. Selepas itu orang yang berpenyakit itu bangun dan pergi dari situ. Penyakit yang dideritainya hilang. |
PERCUMA #3
Munjiyat dan Syifa'
Munjiyat - Tujuh ayat Al-Quran yang dikenali sebagai ayat-ayat penyelamat dari kesusahan dan kesulitan. Pengalaman daripada Ibn Sireen r.a telah membuktikan perkara tersebut. Jadikanlah amalan harian anda dan bacalah sejurus selepas membaca Manzil.
Syifa' - Enam ayat Al-Quran yang dikenali sebagai ayat-ayat shifa' (penawar).
Iman Abul Qasim Qushairi r.a. telah dilapurkan berkata:
| "Seorang daripada anak ku jatuh sakit sehingga ia hampir maut. Di waktu itu daku mimpi bertemu Rasulullah s.a.w. dan daku pun beritahu hal anak ku itu. Baginda s.a.w. berkata: "Mengapakah kamu tidak ambil berat ayat-ayat syifa? Mengapa tidak kamu amal ayat-ayat itu dan memohon (kepada Allah) disembuhkan?" Setelah jaga daku mula memikirkan peristiwa itu. Setelah diteliti (Al-Quran) maka daku temui ayat-ayat itu pada Enam tempat di dalam Al-Quran. |
PERCUMA #4
Doa Abu Darda r.a. Untuk Meyelamatkan Diri dan Hartanya dari Malapetaka
Talha r.a. meriwayatkan:
"Seorang telah datang kepada Abu Darda r.a. dan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar. Abu Darda r.a. menjawab: "Tidak, rumah saya tidak terbakar". Kemudian seorang lagi datang dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Kemudian, ada seorang lagi datang dan memberitahu perkara yang sama dan Abu Darda memberi jawapan yang sama. pada kali yang ke empat seorang datang dan memberitahu Abu Darda r.a. "Wahai Abu Darda r.a.! api telah naik tinggi tetapi apabila sampai ke rumah tuan, api telah padam". Abu Darda menjawab: "Saya yakin bahawa Allah s.w.t. tidak akan membakar rumah saya. Rasulullah s.a.w. telah mengajar saya suatu doa yang mana jika dibaca selepas subuh si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga ke petang. (Saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas subuh). Oleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar." |


"Memperkenalkan! Pakej Belajar Dari Keselesaan Rumah anda..."









