|
Dengan
Nama Allah
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Assalamualaikum
w.b.t
Salam
Sejahtera Keatas Anda Sekelian
Alhamdulillah,
bersyukur ke hadrat Allah s.w.t.,
selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli
keluarganya, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut baginda yang
bertaqwa.
Di
kesempatan
ini, WajibTajwid.com mengambil peluang mengucapkan selamat datang
kepada anda. Semoga usaha anda
dalam mencari
keredhaan Allah s.w.t. membuahkan hasil.
Kami disini
menghimpun sedikit ilmu dan anda di sana tercari-cari
panduan, di
dunia tanpa batasan ini kita bertemu. Semoga usaha kita
sama-sama
mendapat keredhaan Allah s.w.t.
Diharapkan
laman ini
dapat memberi sedikit manfaat kepada anda yang memerlukan informasi
dari sudut Pembelajaran Al-Quran khususnya berkenaan dengan tajwid
Al-Quran. WajibTajwid .com diilhamkan oleh salah seorang
tenaga
pengajar tajwid yang perpengalaman mengajar orang dewasa.
Kaedah
membunyikan terus huruf-huruf berbaris tanpa dieja ternyata lebih mudah
diajar dan dipelajari. Kaedah yang terbukti berkesan ini
adalah
hasil gabungan dan peningkatan cara pengajaran Al-Quran kaedah Iqra'
dan
Qiraati.
Ditambah dengan Penerangan
Mudah
dan Audio
untuk anda
membunyikan sesuatu hukum
tajwid.
Pelajaran
terpenting
dan asas utama menggunakan kaedah ini adalah menyebut bunyi
huruf
berbaris di atas. Mudah!
tetapi percayalah disinilah asas
makhraj
dan sifat-sifat huruf pertama dipelajari oleh anda tanpa
disedari. Berdasarkan kepada pengalaman mengajar menggunakan
kaedah ini, hampir semua pelajar dewasa kami mampu untuk membaca
Al-Quran secara bertajwid. Sungguhpun diperingkat awal,
berbagai
peringkat bacaan yang kami dengar. Kami tahu, anda juga boleh
melakukannya. Dengan adanya usaha, insyaallah anda berjaya.
Dalam
pada kita semua
sibuk dengan pelbagai jenis urusan dunia dan mungkin tercari-cari masa
yang sememangnya sentiasa meninggalkan kita, anda telah diberi peluang
melawat wajidtajwid.com. Beberapa saat sahaja anda boleh
kehilangan peluang yang baik ini jika anda tidak menilainya.
Anda
mungkin
berkata,"Belajar membaca Al-Quran mestilah berguru, tambahan pula
bertajwid". Ya! semestinya belajar membaca Al-Quran mestilah
berguru. Kami menyediakan bahan yang mengandungi penerangan
mudah dan latihan yang membolehkan anda diperingkat awal belajar
sendiri. Kaedah yang disediakan juga mampu membuat anda faham
dan
ingat akan
nama-nama hukum tajwid.
Setelah peringkat asas ini tamat,
anda
hendaklah bertemu dengan ustaz pembaca Al-Quran dan mendengar, melihat
bacaan dari mulut mereka, kerana ini adalah satu-satunya syarat yang
wajib untuk mempelajari bacaan Al-Quran secara Talaqqi dan Musyafahah
iaitu pengambilan bacaan dari mulut ke mulut.
Bagi
anda yang
ingat-ingat lupa tentang tajwid Al-Quran dan cara membunyikannya, ini
adalah bahan yang boleh anda gunakan sabagai rujukan untuk
mengingatinya kembali
secara tersusun.
Sekiranya
anda
mendapati wajibtajwid.com adalah baik untuk rakan-rakan anda,
sampaikanlah link wajibtajwid.com ini kepada mereka. Mungkin
mereka memerlukannya. Kepada ahli-ahli tajwid yang
menggunakan
perkhidmatan kami sebagai rujukan, kami dengan rendah hati memohon
teguran yang membina sekiranya terdapat kesalahan dan kekurangan, agar
dapat memperbaiki dan meningkatkan mutu isi kandungan pada keluaran
yang akan datang.
Akhir
kata apa yang
kurang daripada wajibtajwid.com adalah kelemahan daripada diri kami,
Allah s.w.t. sajalah yang maha mengetahui dan kepadaNya kami
bertawakkal.
Wabillahit
taufiq wal
hidayah
Pengasas
|