Testimoni
1. Testimoni Produk
2. Testimoni Kelas Mengaji Dewasa
3. Testimoni Bengkel
4. Testimoni Kursus Belajar Sendiri Dahulu
Testimoni Produk
Pak Long, Sg. Petani
Pak long berpendapat produk ini amat baik bagi mereka yang berminat belajar secara sendiri-sendiri. Pengajarannya amat ringkas dan mudah difahami. Tak sampai dua bulan Pak Long sudah belajar sampai Langkah3…wajibul ghunnah…ada beberapa kali Pak Long mengaji depan guru dan katanya Pak Long sudah boleh mengaji. Sebelum ini Pak Long hanya tahu baris sahaja. Terimakasih ustaz.
Che Hamidah, Kuantan
Terimakasih banyak ustaz kerana membantu saya. Banyak pahala ustaz dapat kerana membantu orang-orang seperti saya.
Terimakasih atas usaha yang dibuat. Lebih mudah nak belajar sebab dapat dengar audio. Moga Allah merahmati usaha ustaz dan semua.
Kak Midah
Al-hamdulillah, CD yg Ustaz pos pada Kak Midah telah selamat diterima. Jutaan terimakasih yg tak terhingga kak Midah ucapkan diatas kerjasama yg ustaz berikan dan dapat menghasilkan produk yang sangat bernilai ini.
Suriana
Alhamdulillah, kami dah terima CD tersebut :) terima kasih banyak2 atas jasa baik :) ayah saya kata, bagus CD tu.
Ahmad Lazim, Johor.
As..kum ust. saya dah mula belajar. Saya rasa cara ust. mengajar ni cukup jelas. Rasanya dalam dunia ni macam saya seorang sahaja yang tak tahu membaca Al-Quran. Malu dengan anak saya umur 10thn dah pandai mengaji. Terimakasih..Selamat hari raya dari saya untuk ust. sekeluarga.
Testimoni Kelas Mengaji Dewasa
Abang Zeck, Shah Alam
Saya langsung tak pandai membaca Al-Quran, apatah lagi bertajwid. Umur pun dah menjangkau 40thn.. Alhamdulillah…Mujurlah ada Kaedah ABaTa diperkenalkan kepada saya, kini bacaan Al-Quran saya telah meningkat banyak walaupun saya baru belajarnya 1 tahun dan hanya 1 minggu sekali. Tambahan Kaedah ABaTa ini lebih mudah, ringkas dan kaedah sebutan yang tepat melancarkan sebutan saya pada ayat Al-Quran.
Mohd Reza, Paramugara MAS
Saya berasa sangat gembira dapat mempelajari teknik membaca Al-Quran dengan betul bacaannya serta bunyinya sehingga dapat membaca dengan yakin... Alhamdulillah.
Nazim USJ, Paramugara MAS
Saya tidak pernah belajar membaca Al-Quran secara bertjawid tetapi tahu sikit-sikit tentang perkara tersebut. Sekarang saya mempelajarinya dan lebih faham. Saya berasa puas hati apabila membaca Al-Quran kerana tahu akan hukum tajwid dan cara membacanya. Cara yang mudah dan sistematik menyebabkan saya senang hafal hukum-hukum tajwid. Dan kaedah ini juga mudah untuk dirujuk apabila saya kurang cara bacaannya didalam Al-Quran. Tahniah kepada Kaedah ABaTa.
Testimoni Bengkel
Mualim Fadzil
Komen saya bengkel ini sangat menarik kerana pengisian dan aktiviti yang dijalankan menarik minat murid. Diharapkan pada bengkel akan datang, penceramah dapat memanggil murid ke hadapan bagi menyelesaikan masalah hukum tajwid yang diberi.
Mualim Mohamad Sukri
Penceramah bengkel ini pandai mengambil hati murid untuk terus menghayati pengisian. Bengkel sebegini sesuai untuk sesiapa sahaja tidak mengira umur.
Mualimah Zuraida
Pedekatan yang santai dan menarik perhatian peserta. Sangat bagus untuk diteruskan pada masa akan datang.
Adik Siti Maisarah
Saya berasa seronok selepas mengikuti Bengkel Tajwid bersaman Ustaz Ahmad. Saya juga merasakan bahawa tajwid itu sebenarnya senang. Tapi kadang-kadang saya yang buat ia susah. Saya juga suka cara beliau mengajar kami sewaktu bengkel itu dengan menggunakan nota pendek, senang untuk kami menghafal dan boleh dibawa kemana-mana. Terimakasih Ustaz Ahmad.
Adik Wan Ahmad Nabil
Setelah saya mengikuti Bengkel Tajwid yang dikendalikan oleh Ustaz Ahmad, saya makin memahami ilmu tajwid. Bukan itu sahaja saya juga berasa lebih mudah untuk mengingati hukum-hukum bacaan di dalam Al-Quran dengan menggunakan buku nota yang diberinya. Sekarang saya tidak rasa tajwid itu susah seperti yang saya selalu sangkakan. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih diatas segala usaha ustaz.
Adik Nur Syafirah
Saya berasa sangat gembira setelah mengikuti Bengkel Tajwid yang telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad kerana Bengkel Tajwid ini telah memberikan saya banyak tips-tips untuk menjawab peperiksaan SPPM dan ia juga telah memudahkan saya untuk mengulangkaji pelajaran tajwid. Selain itu, saya juga lebih senang untuk membaca Al-Quran dengan menggunakan nota yang telah diberikan kepada saya.
Adik Nur Nabiha
Dahulu saya berasa sungguh susah untuk belajar tajwid dan memahaminya. Selepas menghadiri Bengkel Tajwid, saya dapat memahami tajwid dan belajar dengan tenang. Selain itu, bengkel ini telah member nota ringkas yang dapat saya hafal dengan Cepat.
Adik Ahmad Zahiruddin
Perasaan saya selepas mengikuti Bengkel Tajwid yang diadakan oleh sekolah amat gembira kerana Ustaz Ahmad selalu menolong saya tentang ilmu tajwid. Dia buat soalan dan menyuruh kami menjawab soalan. Dia juga seorang yang peramah dan senang memahami masalah saya.
Testimoni Kursus Belajar Sendiri Dahulu

Buat masa sekarang, kelas hanya dijalankan di kawasan Kelang, Shah Alam dan Puchong Sahaja. Berminat sila hubungi kami di email dan no. telefon seperti dibawah. Terimakasih.
Pertanyaan, sms kepada ust. Ahmad: 019-2553325 atau email support[@]wajibtajwid.com
Berjaya Park Seksyen 32
40460 Shah Alam
Selangor D.E.
Malaysia
Kelulusan & Pengiktirafan
JAKIM : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

JAIS : Jabatan Agama Islam Selangor

KDN : Kementerian Dalam Negeri (Bahagian Text Al-Quran)

Surat Penghargaan daripada Sek. Ren. Hira'
