Nama saya Ahmad Saipuddin Saat.  Saya merupakan seorang “Guru Al Quran Bersanad”.  Saya suka untuk berkongsi cara bagaimana anda “orang awam dewasa” biasa seperti saya boleh membaca Al Quran dengan tajwid yang baik.

Saya bukanlah seorang yang berpendidikan aliran agama sebaliknya adalah lepasan ijazah aliran kejuruteraan tetapi saya begitu mengambil berat tentang bacaan Al Quran dan saya mendalaminya selepas bergelar graduan sejak 1996.

Sekarang saya mempunyai 1 modul Kaedah Abata yang di susun hasil pengalaman 3 tahun belajar dan 7 tahun mengajar pelajar dewasa yang telah menjalani beberapa ujian keberkesanan pendekatan pembelajaran sejak 2008.

Pendekatan pembelajaran tersebut adalah:

  • Belajar secara sendiri dahulu
  • Belajar individu secara personal coaching
  • Belajar individu secara personal coaching online

Tujuan website ini di buat adalah untuk saya berkongsi inspirasi dan ilmu yang saya ada dengan setiap muslim insyaAllah.

Moga-moga boleh memberi manfaat kepada anda.

Terimakasih

P.S.  Saya namakan website ini “wajibtajwid” kerana setiap muslim yang membaca Al Quran adalah wajib bertajwid dan ia adalah fardhu ain.

P.P.S.  Kenapa anda boleh percaya kepada tips-tips saya?

  1. Saya ada pengalaman sebagai pelajar dewasa Kaedah Qiraati.  Kesukaran saya sebagai pelajar dewasa telah saya selesaikan di dalam module Kaedah Abata ini.
  2. Saya ada pengalaman sebagai guru Al Quran dewasa Kaedah Qiraati selama 7 tahun, satu kaedah yang sangat dipercayai qualitinya di Malaysia ini.
  3. Saya menyusun modul Kaedah Abata adalah di atas pengalaman kesukaran saya sendiri sebagai pelajar dan kesukaran pelajar-pelajar saya demi satu penyelesaian.
  4. Fakta kejayaan pelajar Kaedah Abata sungguhpun bermula daripada ‘0’ memberi inspirasi kepada saya untuk terus berbakti insyaAllah.

P.P.P.S.  Di bawah ini adalah antara perkara-perkara yang telah mengiktirafkan Kaedah Abata sebagai satu modul pengajian khas untuk orang dewasa.

sijil kelulusan Abata

 

Surat-surat yang menyatakan sokongan terhadap Kaedah Abata oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS), Kementerian Dalam Negeri Bahagian Teks Al Quran (KDN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).